Gereja Methodist Damansara Utama Disita?

Diterbitkan: Khamis, 11 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Khabar angin kononnya Gereja Methodist Damansara Utama, Seksyen 13 di sini yang diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) baru-baru ini akan disita kerana tidak memperoleh kelulusan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) tersebar luas pada Khamis.

Bagaimanapun, para wartawan dan jurugambar media yang memenuhi kawasan sekitar gereja itu sejak pukul 12 tengah hari hingga pukul 3 petang tadi hampa apabila operasi yang dikatakan itu sebenarnya maklumat palsu.

Tinjauan mStar Online mendapati aktiviti di bangunan yang menggunakan nama Pusat Impian itu berjalan seperti biasa dengan orang ramai keluar masuk berurusan di dalam premis berkenaan.

Tiada kelibat penguat kuasa MBPJ kelihatan.

Sumber MBPJ memberitahu, tiada perancangan untuk menyita premis itu setakat ini.

"Tiada perbincangan oleh pihak kami untuk menyita premis itu sehingga kini," katanya di sini.

Minggu lepas, penguat kuasa JAIS menyerbu gereja berkenaan selepas mendapat maklumat bahawa terdapat orang Islam turut menghadiri majlis di gereja berkenaan.

Ketika serbuan dilakukan kira-kira pukul 9 malam, kelihatan seseorang sedang berucap diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan cubaan memurtadkan umat Islam.

Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Isu tersebut menjadi kecoh apabila Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim campur tangan dan menggesa JAIS mengemukakan laporan penuh kepada kerajaan negeri berhubung serbuan yang dilakukan oleh pihak penguat kuasa jabatan agama itu.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan