Dr Wan Mohd Nor Dilantik Felo Kehormat Akademi Kenegaraan - Berita Semasa | mStar

Dr Wan Mohd Nor Dilantik Felo Kehormat Akademi Kenegaraan

Diterbitkan: Khamis, 11 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengarah Pusat Pengajian Lanjutan Mengenai Islam, Sains dan Tamadun (CASIS) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud, dilantik sebagai felo kehormat Akademi Kenegaraan, Biro Tatanegara (BTN) di Jabatan Perdana Menteri.

Pelantikan itu bermula Jun lalu.

Ketua Pengarah BTN Raja Arif Raja Ali berkata Dr Wan Mohd Nor akan memberi nasihat dan membantu mempergiatkan aktiviti menerapkan semangat patriotik, selari dengan hasrat BTN menjadikan akademi itu sebuah pusat latihan kenegaraan yang unggul.

"Dengan kepakaran serta ilmu yang luas, felo berkenaan akan dapat meningkatkan lagi mutu latihan yang dijalankan di Akademi Kenegaraan," katanya dalam satu kenyataan Khamis.

Raja Arif menyifatkan Dr Wan Mohd Nor sebagai seorang sarjana disegani di arena antarabangsa yang telah menghasilkan 16 buah buku dan monograf serta berpuluh makalah dalam jurnal tempatan dan antarabangsa.

Karyanya telah diterjemahkan, antara lain, ke bahasa Malaysia, Indonesia, Turki, Jepun, Farsi, Rusia, Bosnia, Arab dan Macedonia.

Akademi Kenegaraan turut melancarkan logo menggunakan teknik khat yang diilhamkan daripada bentuk sekuntum bunga raya, bunga kebangsaan Malaysia. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan