Datuk Lee Chong Wei Mara Ke Pusingan Ke-3

Diterbitkan: Khamis, 11 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei mara ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia yang berlangsung di Wembley Indoor Arena di London Rabu.

Chong Wei, pemain pilihan pertama, menumpaskan Ville Lang dari Finland 21-10, 21-11 dalam masa 29 minit untuk mara ke pusingan seterusnya, di mana beliau akan bertemu pemain pilihan kesembilan Park Sung Hwan dari Korea.

Regu negara Koon Kien Keat/Tan Boon Heong juga mara ke pusingan ketiga selepas menumbangkan pasangan China Liu Xiaolong/Qiu Zihan 21-6, 20-22, 21-15.

Koo dan Tan, yang tewas di final tahun lepas dijadual bertemu sama ada regu Taiwan Chen Hung Ling/ Lin Yu Lang atau Ingo Kindervater/Johannes Schoettler dari Jerman.

Bagaimanapun, cabaran regu wanita dan regu campuran negara iaitu Chin Eei Hui/Wong Pei Tty dan Ong Jien Guo/Chong Sook Chin terhenti di pusingan kedua.

Chin dan Wong tewas kepada regu pilihan keempat Mizuki Fujii/Reika Kakiiwa dari Jepun dengan 16-21, 24-22, 20-22, manakala Ong dan Chong tumpas di tangan pasangan India Diju Valiyaveetil/Jwala Gutta 11-21, 15-21.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan