8,000 Bakal Terima Biasiswa JPA Sesi 2011/2012

Diterbitkan: Khamis, 11 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bakal menawarkan biasiswa 'pusingan kedua' kepada 8,000 pemohon yang layak bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara bagi sesi 2011/2012.

Tawaran biasiswa 'pusingan pertama' telahpun dikeluarkan iaitu kepada pelajar-pelajar cemerlang yang dihantar melanjutkan pelajaran ke universiti luar negara.

Pegawai Perhubungan Awam Unit Komunikasi Korporat JPA, Suziyana Sukri, memberitahu mStar Online, jumlah peruntukan untuk membiayai biasiswa tersebut bagaimanapun tidak dapat didedahkan kerana maklumat itu dikategorikan sebagai sulit.

Ahad lalu adalah hari terakhir permohonan biasiswa JPA bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di IPTA dan IPTS dalam negara bagi sesi tersebut.

Menurut iklan yang disiarkan oleh JPA dalam akhbar-akhbar utama tempatan minggu lalu, permohonan adalah dipelawa daripada pelajar yang telah mendapat surat tawaran belajar di IPTA/IPTS.

Permohonan semua dilakukan melalui proses di dalam talian sepenuhnya.

Bagaimanapun, calon yang telah mendapat tajaan di bawah mana-mana Program Penajaan JPA ke IPTA tidak layak memohon.

Bagi IPTS pula ia hanya terhad kepada Universiti Teknologi Petronas, Universiti Tenaga Nasional dan Universiti Multimedia.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan