Prof Dr Zaleha Dilantik Rektor Baru UIAM

Diterbitkan: Rabu, 10 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Datuk Prof Dr Zaleha Kamaruddin dilantik sebagai Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang baru berkuatkuasa hari ini.

UIAM dalam satu kenyataan hari ini berkata Zaleha dilantik menggantikan Datuk Seri Prof Syed Arabi Idid yang tamat tempoh sebagai Rektor pada 1 Jun lalu.

Zaleha yang berkelulusan Ijazah Kedoktoran (Undang-Undang) dari Universiti London pernah menjadi Dekan Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim di UIAM, menurut kenyataan itu.

"Zaleha juga pernah berkhidmat di IKIM selama dua tahun secara pinjaman berkuat kuasa 2 Ogos 2009 hingga 1 Ogos lalu menggantikan Datuk Nik Mustapha Nik Hassan yang dilantik Ketua Pengarah IKIM.

"Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Pensyarah di Kuliyyah Undang-Undang UIAM pada tahun 1985 dan kemudian dilantik sebagai Pensyarah di Kuliyyah yang sama pada tahun 1988," katanya.

Menurut kenyataan itu, beliau pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Timbalan dekan Pusat Penyelidikan UIAM.

Zaleha, anak kelahiran Raub, Pahang, banyak menghasilkan buku, artikel dan penyelidikan berkaitan undang-undang dan juga memberi khidmat perundingan kepada kementerian, jabatan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Pada Mac 2009, beliau telah menerima Anugerah Tokoh Pendakwah Negeri Selangor daripada kerajaan negeri. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan