Polis Ambil Keterangan Tony Pua

Diterbitkan: Rabu, 10 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis hari ini mengambil keterangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berhubung kejadian semburan gas pemedih mata dan meriam air di Hospital Tung Shin di sini pada perhimpunan haram 9 Julai lepas.

Pua yang tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya kira-kira pukul 10.45 pagi tadi berkata beliau memberikan keterangan mengenai apa yang dilihatnya pada hari kejadian.

"Saya telah beri keterangan di mana ketika kejadian, saya berada di Chinese Maternity Hospital bersebelahan dengan Hospital Tung Shin," katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan.

Dalam keterangannya, beliau mendakwa polis telah secara sengaja menyembur gas pemedih mata dan air ke arah orang ramai yang berkumpul di kawasan Hospital Tung Shin.

Anggota Parlimen itu berkata tiga individu lain yang berada bersamanya ketika kejadian juga akan diambil keterangan mereka oleh polis. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 25 Julai 2017 3:00 PM

Aaron Abdul Iras Sudirman?

Selasa, 25 Julai 2017 12:00 PM

Eyka Farhana Diusik Minta Nombor Telefon

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Kolumnis

iklan

Iklan