Pertukaran Saham MAS, AirAsia Idea Baik: Tun Mahathir

Diterbitkan: Rabu, 10 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed berkata pertukaran saham antara Malaysian Airlines (MAS) dan AirAsia merupakan idea yang amat baik.

Beliau menyifatkannya sebagai cadangan yang tepat dan melahirkan harapan yang kerjasama itu akan memberi faedah kepada kedua-dua pihak.

"AirAsia boleh mempelajari pengalaman MAS dan MAS boleh mempelajari bagaimana untuk mengurangkan kos sebagaimana yang dilakukan oleh AirAsia," katanya semasa diminta mengulas mengenai isu berkenaan pada majlis berbuka puasa Proton Holdings Bhd di sini Selasa.

Mnegenai kesan ekonomi AS sekarang ini terhadap Malaysia, Dr Mahathir berkata: "(Keadaan) ini dapat di atasi oleh negara kita."

"Kita sudahpun beralih dari negara AS kepada China yang mana di masa lampau dagangan dengan China telah meningkat berkali ganda.

"Kita telah buat persediaan apabila merosot ekonomi AS, kita dapat rakan dagang yang lain, yang tidak kurang besarnya," jelasnya.

Dr Mahathir berkata 20 peratus dagangan Malaysia adalah dengan AS dan apabila AS menghadapi masalah tentu dagangan dengan Malaysia turut terjejas. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan