MAS-AirAsia Meterai Kerjasama

Diterbitkan: Rabu, 10 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS), AirAsia Bhd dan Airasia X Sdn Bhd hari ini memeterai rangka kerja kolaborasi bagi memanfaatkan kekuatan teras mereka masing-masing.

Bagi mengukuhkan kerjasama dan kepentingan bersama, MAS dan AirAsia mengeluarkan waran percuma kepada setiap pemegang saham antara satu sama lain.

Penasihat bebas akan dilantik bagi menasihati pemegang saham minoriti mengenai cadangan waran itu.

Tune Air Sdn Bhd dan Khazanah Nasional Bhd, masing-masing pemegang saham utama AirAsia dan MAS bersetuju untuk membeli daripada saham sedia antara satu sama lain, kata Khazanah dan Tune Air dalam satu kenyataan bersama, Selasa.

Hasilnya, Tune Air akan memegang 20.5 peratus saham dalam MAS dan Khazanah akan memegang 10 peratus saham dalam AirAsia.

Khazanah akan terus menjadi pemegang saham utama dan tunggal terbesar MAS.

Perjanjian itu akan berkuat kuasa segera selepas pelaksanaannya dan bagi tempoh lima tahun daripada tarikh perjanjian kolaborasi dengan opsyen untuk pembaharuan lima tahun lagi.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan