Kejadian Tanah Runtuh Bukan Disebabkan Pembangunan, Penerokaan Tanah

Diterbitkan: Rabu, 10 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Laporan awal kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Cameron Highlands tidak menunjukkan ia berlaku akibat pembangunan atau penerokaan tanah, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Sebaliknya, kata beliau kejadian yang meragut tujuh nyawa pada 7 Ogos lepas itu dikategorikan sebagai bencana alam. "Saya difahamkan mengikut laporan awal, di atas bukit terjadi takungan air, oleh kerana air terlampau banyak, hujan lebat, akhirnya tanah runtuh.

"Saya pada mulanya ingatkan kerana pembangunan rupanya memang malapetaka alam," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini.

Dalam kejadian pukul 5.45 petang itu, banjir lumpur dan tanah runtuh selepas hujan lebat menimbus tiga rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin di perkampungan berbukit berkenaan.

Tragedi itu meragut tujuh nyawa termasuk empat wanita manakala dua lagi parah.

Adnan berkata kerajaan negeri Pahang akan menyumbangkan bantuan berjumlah RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa yang meninggal dunia manakala RM3,000 kepada mangsa yang cedera dalam kejadian itu.

Kerajaan bercadang menempatkan semula penduduk di kampung berkenaan dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ke kawasan yang tidak mempunyai risiko berlakunya tanah runtuh.

"Kita akan cuba memujuk keluarga-keluarga berkenaan untuk kita adakan penempatan semula, namun psikologi dan budaya saudara kita Orang Asli ini, mereka agak sukar untuk pindah.

"Kita akan tengok ikut kesesuaian, kalau tidak, kita cari kawasan sama yang tidak ada ancaman tanah runtuh pada masa depan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan