Rosmah Terima Kunjungan Pelajar Pintar - Berita Semasa | mStar

Rosmah Terima Kunjungan Pelajar Pintar

Diterbitkan: Selasa, 9 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor pada Isnin menerima kunjungan pelajar pintar Ng Eng Seng di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di sini.

Ng, 19, dari Kuala Lumpur merupakan pelajar yang diterima masuk ke Universiti Duke, antara 10 universiti terbaik di Amerika Syarikat pada usia 14 tahun.

Dalam pertemuan lebih setengah jam itu, Rosmah berharap remaja pintar seperti Ng dapat pulang berkhidmat di tanah air setelah menamatkan pelajaran di luar negara.

Ng juga diharap dapat pulang pada musim cuti untuk turut menyumbang tenaga kepada Program Permata Pintar Universiti Kebangsaan Malaysia termasuk pada perkhemahan Disember ini bagi berkongsi pengalaman dan memberi semangat dan motivasi kepada peserta untuk berjaya dalam hidup.

Beliau berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Gred Purata Kumulatif 3.892.

Pada usia tujuh tahun, Ng pernah mengambil ujian penilaian SAT untuk kemasukan ke kolej di Amerika Syarikat, di mana keputusannya telah dirumuskan oleh Johns Hopkins Center for Talented Youth sebagai "incredibly exceptional for a child under the age of eight".

Beliau akan melanjutkan pelajaran di Universiti Stanford untuk Ijazah Sarjana Kejuruteraan Mekanikal pada September ini. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan