Rakyat M'sia Yang Ingin Ke UK Dinasihat Maklumkan Kepada Pejabat Suruhanjaya Tinggi

Diterbitkan: Selasa, 9 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Rakyat Malaysia yang bercadang melawat Britain khususnya London dinasihatkan supaya memaklumkan kepada Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di kota berkenaan mengenai jadual perjalanan mereka.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman malam ini berkata, tindakan itu adalah sebagai langkah berjaga-jaga berikutan rusuhan yang masih belum reda malah semakin merebak di kawasan-kawasan lain di London dan bandar-bandar besar yang lain.

Bercakap dalam sidang media di sini, Anifah memberikan nombor telefon untuk keluarga yang mempunyai saudara mara di London bagi mendapatkan maklumat berikutan rusuhan telah masuk hari keempat hari ini.

Rakyat di Malaysia boleh mendapatkan maklumat dengan memanggil Kementerian Luar di talian 03-888-74353, 888-74570 dan 888-92746.

Mereka juga boleh menghubungi Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London di talian ++44-020-7919-0242.

Sementara itu di Bangi, Selangor, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pelajar Selangor, Asyraf Hazlan, berusia 20-an, mengalami kecederaan tulang rahang dan kini dirawat di Hospital Royal London.

Katanya, pelajar perakaunan tajaan MARA itu diserang oleh sekumpulan perusuh ketika dalam perjalanan untuk menemui seorang kawan untuk berbuka puasa.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan