Presiden Umno Minta Ahli Jaga Rumah Tangga Parti

Diterbitkan: Selasa, 9 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan anggota Umno untuk mengukuhkan perpaduan dan penyatuan di peringkat bahagian yang menjadi tonggak kekuatan kepada parti dan untuk berjaya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Perdana Menteri berkata, ini kerana sesuatu bahagian merupakan rumah tangga induk dalam pertubuhan dan kekuatan parti bersandarkan kepada kekuatan bahagian.

Najib yang juga Presiden Umno berkata ia merupakan antara tiga faktor yang menjadi panduan kepada anggota parti untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.

"Saya berharap kita semua dapat menjaga "rumah tangga" kita dalam parti terutama sekali di peringkat bahagian. Jika benar-benar padu, seia-sekata, kita akan beri kekuatan yang lebih untuk berjaya dalam pilihan raya akan datang,

"Jadi, pupuklah perpaduan ini, jika ada apa-apa yang tidak kena, cuba betulkan. Janganlah kita mewujudkan politik mengikut puak masing-masing di peringkat bahagian. Jika berbuat demikian, pasti mengundang bencana kepada parti," katanya pada majlis berbuka puasa bersama sahabat beliau di Seri Perdana, di sini, malam ini.

Kira-kira 1,200 tetamu hadir malam ini. Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib berkata, selain itu, salah satu faktor penting sekali ialah mendekatkan diri dengan rakyat, dan Umno dan Barisan Nasional mesti dilihat dan diterima sebagai parti yang memperjuangkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Katanya, faktor ketiga, anggota parti perlu mengutamakan kepentingan parti dalam proses pembaharuan dan transformasi politik yang sedang diperjuangkan, dan salah satu tonggak kepada transformasi tersebut ialah mengetengahkan calon-calon yang boleh menang.

"Saya berharap konsep itu dapat diterima, apa kriterianya, sama-sama kita fikir dan sama-sama kita boleh gariskan.

"Bagaimana nak menentukan siapa calon berkenaan, biarlah pada pucuk pimpinan untuk menentukan siapa yang dianggap calon yang boleh menang," katanya.

Beliau berkata, jika konsep itu diterima, tidak ada kerusi yang akan terkorban semata-mata kerana tidak meletakkan calon yang paling layak.

"Jika dapat terima beberapa panduan ini, saya percaya apa jua yang dilakukan orang terhadap kita, di peringkat akar umbi, Umno tetap memainkan peranan utama supaya rakyat akan lebih serasi memilih Umno sebagai parti yang memerintah negara kita," katanya.

Najib berkata, kebelakangan ini juga, parti pembangkang dilihat banyak lakonan dan sandiwaranya yang boleh dimaklumkan kepada rakyat yang antara mereka boleh dicalonkan sebagai pelakon terbaik dan wujud ketidakserasian di antara satu sama lain.

"Tidak perlu mengatakan negara berkebajikan kerana kitalah juara kebajikan rakyat selama ini. Beri RM100, satu kampung riuh rendah, kononnya dialah juara kebajikan," katanya.

Beliau berkata, pada tahun ini, kerajaan memperuntukkan RM20 bilion subsidi untuk rakyat dan ia mesti diuar-uarkan kepada rakyat.

Katanya, anggota parti perlu pandai "jual" cerita dan mesti tahu menguruskan perkara ini, dan jangan hanya berharap kepada agensi kerajaan untuk melakukannya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan