Perkasa Gesa Polis Siasat Dakwaan JAIS

Diterbitkan: Selasa, 9 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) pada Isnin mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat dakwaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengenai cubaan memurtadkan umat Islam dalam satu serbuan di Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya minggu lalu.

Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Idris berkata, perkara itu perlu dipandang serius kerana ia melibatkan akidah umat Islam dan kedudukan agama Islam seperti yang termaktub dalam Artikel 11 (4) Perlembagaan negara.

"Saya harap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya sebelum nasi menjadi bubur. Cukuplah dengan beberapa umat Islam seperti Aishah Bukhari dan Azlina Jailani yang dimurtadkan secara berani sebelum ini.

"Jumlah yang kita ketahui mungkin sedikit tapi saya yakin ramai sebenarnya yang menjadi mangsa," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di sini petang Isnin.

Ketika ditanya sama ada laporan polis itu dibuat sebagai menyokong tindakan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Irwan berkata; badan bukan kerjaan (NGO) itu tetap akan mempertahankan tiindakan sesiapa saja terutamanya apabila melibatkan perjuangan berkaitan isu agama.

"Kita bukan parti politik tetapi NGO. Jika kenyataan Hasan Ali terbukti benar, kita akan mempertahankan tindakannya walaupun beliau pemimpin PAS," katanya.

Sementara itu, Irwan Fahmi turut menggesa polis menyiasat laporan akhbar Harian Metro yang mendedahkan secara terbuka salah seorang umat Islam menerima bible dalam Bahasa Malaysia.

Jelas beliau, walaupun Artikel 11 (1) memberi kebebasan kepada sesiapa saja untuk menganut dan mengamal fahaman agama masing-masing, wujud sekatan dalam urusan penyebaran agama.

"Di Selangor misalnya,undang-undang yang dikenali sebagai Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan pengembangan di kalangan orang bukan Islam) 1998 menyatakan adalah menjadi satu kesalahan sekiranya memujuk, mempengaruhi atau menghasut orang Islam untuk cenderung kepada agama bukan Islam," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau memberitahu sesiapa yang menjadi pengikut atau membelakangi Islam boleh disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

"Kami ingin perkara ini disiasat dengan segera sebelum terlambat dan mencetuskan suasana tegang di negara ini," katanya.

Irwan Fahmi berkata, Perkasa akan menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong dalam tempoh terdekat supaya siasatan mengenai usaha memurtadkan umat Islam dengan menawarkan bantuan untuk meringankan beban hidup dijalankan.

Terdahulu, beliau membuat laporan polis berhubung perkara itu di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sinii pada pukul 2.30 petang.

Pada Rabu, JAIS melakukan serbuan ke Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya selepas memperoleh bukti wujudnya percubaan memurtadkan umay Islam di negeri ini pada majlis makan malam di gereja berkenaan.

Susulan serbuan itu, Hasan Ali menegaskan pemeriksaan dilakukan kerana menerima maklumat terdapat kehadiran umat Islam pada majlis tersebut.

Beliau berkata pada majlis itu pihaknya dimaklumkan mengenai perkataan 'Quran' dan 'pray' diselitkan pada ucapan di majlis berkenaan.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan