Perbaiki Sistem Agihan JKM, Baitulmal

Diterbitkan: Selasa, 9 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal perlu mengkaji semula dan memperbaiki kaedah pengagihan dana kebajikan kepada mereka yang layak menerima bagi mengelakkan masyarakat Islam tercicir sehingga menyebabkan golongan ini mendapat bantuan daripada gereja.

Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang berkata, dakwaan bahawa ada segelintir masyarakat sukar mendapat sumbangan dari JKM dan Baitulmal menunjukkan terdapat kelemahan dalam sistem sedia ada yang diguna pakai sekarang.

"Cadangan penambahbaikan ini perlu dilihat dari aspek positif. Pihak Baitulmal perlu lebih agresif dan turun padang, mencari punca dan masalah kenapa masalah tersebut timbul," katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.

Menurut beliau, dana yang dipegang oleh Baitulmal merupakan amanah daripada seluruh umat Islam yang mengeluarkan zakat.

"Pendedahan media tentang isu ini boleh menyebabkan kebolehpercayaan umat Islam terhadap institusi itu terjejas dan ditakuti pihak yang mengeluarkan zakat akan membelakangi Baitulmal," katanya.

Mengulas mengenai isu berhubung dakwaan pujukan dari gereja terhadap umat Islam untuk menerima bantuan, PGSM menurut beliau menganggap ia sebagai satu usaha dakyah dan dakwah terancam yang perlu ditangani segera.

Katanya, antara usaha yang boleh dilakukan adalah dengan menguatkuasakan Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam di Kalangan Orang Islam.

Sehubungan itu, Musa berkata, PGSM tetap menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menguatkuasakan undang-undang Syariah seperti yang termaktub dalam Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 dan Enakmen Prosedur Jenayah Syariah Selangor 2003.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan