Pemuda PAS Sokong JAIS, Hasan

Diterbitkan: Selasa, 9 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Dewan Pemuda PAS Pusat menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pendirian Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dalam isu serbuan terhadap Gereja Methodis Damansara Utama (DUMC) yang dipercayai cuba memurtadkan umat Islam pada satu majlis makan malam amal minggu lalu.

Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, ketetapan berkenaan dibuat berasaskan kepada prinsip bahawa usaha pencegahan seperti yang dilakukan JAIS agar akidah umat Islam sentiasa terpelihara perlu disokong oleh semua pihak.

"Secara prinsipnya tugas pihak berkuasa agama adalah untuk menjaga akidah dan memelihara kesucian agama Islam, jadi kalau itu asas yang digunakan JAIS dalam isu ini... kita sokong.

"Jadi sebarang bentuk tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa agama untuk mempertahankan Islam, menjaga kesucian agama Islam, itu adalah tindakan yang wajar disokong oleh semua pihak dan tak perlu timbul sebarang keraguaan di atas tindakan tersebut," katanya di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan selama hampir satu jam dengan Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor bagi mendapatkan penjelasan berhubung insiden berkenaan.

Berpuas hati dengan penjelasan Hasan, Nasrudin berkata semua pihak tidak seharusnya prejudis terhadap tindakan JAIS itu kerana ia dilakukan bagi menjaga kepentingan Islam.

"Saya harap semua pihak beri kepercayaan kepada JAIS tanpa sikap prejudis kerana pihak berkuasa agama itu menjalankan tugas mereka demi agama Islam," katanya.

Ahad lalu, Hasan turut hadir memberi taklimat kepada Ahli Jawatankuasa PAS Pusat (CWC) berhubung insiden berkenaan namun tiada sebarang pendirian dibuat mengenainya.

Menyifatkan penjelasan itu 'tidak cukup', Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebaliknya mahu mendapatkan maklumat langsung daripada JAIS dan pihak gereja sendiri.

Dalam pada itu mengulas mengenai pertemuan pihaknya dengan Hasan, Nasrudin berkata beliau cukup berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan dan yakin bahawa Exco Selangor itu bertindak berdasarkan bukti kukuh.

"Kami semua sangat berpuas hati, kami juga ada bertanya soalan kepada beliau... semuanya jelas.

"Malah Dr Hasan sendiri mengakui bahawa beliau mempunyai bukti kukuh mengenai tindakan JAIS itu," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan