Khalid Terus Bidas JAIS

Diterbitkan: Selasa, 9 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor, Khalid Samad terus membidas tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung serbuan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama minggu lalu.

Menurut beliau, tindakan menyerbu rumah ibadat agama lain boleh memberikan satu imej buruk kepada Islam sekiranya ia dilakukan atas nama Islam sendiri.

"Soal menyerbu sebuah rumah ibadat bukan Islam merupakan suatu isu yang serius.

"Ini kerana ianya memberikan gambaran bahawa Islam tidak menghormati rumah ibadat orang bukan Islam," katanya yang dipetik menerusi blognya www.khalidsamad.com.

Selain itu Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, serbuah JAIS itu dilihat wajar dilakukan sekiranya ia bertujuan memberi kepentingan politik kepada Barisan Nasional (BN) dan Umno untuk menyerang kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Sambil mengaitkan tindakan jabatan penguatkuasa agama itu dengan BN, Khalid berkata usaha bagi menangani isu mutad di kalangan umat Islam seharusnya dilakukan dengan kaedah yang lebih berhemah.

"Sekira matlamatnya adalah untuk menghasilkan isu yang mana MCA boleh membantai PR Selangor ‘yang ditunggang PAS’ sehingga JAIS menyerbu gereja, maka serbuan itu adalah 'wajar'.

Sekira matlamatnya juga adalah untuk menghasilkan isu agar Umno pula boleh serang Pakatan Rakyat Selangor ‘yang ditunggang DAP’ sehingga adanya kes memurtadkan ummat Islam, maka serbuan itu adalah 'wajar'.

"Begitulah juga sekiranya serbuan itu bertujuan untuk mengalihkan isu piliharaya bersih, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya, maka serbuan tersebut juga adalah 'wajar'," katanya.

Dalam pada itu Khalid juga berkata JAIS sepatutnya menggunakan kebijaksanaan menerusi setiap tindakan pencegahan yang dilakukan jabatan itu berbanding hanya bersandarkan kepada kuasa dan hak yang diperuntukan kepada mereka.

"Apakah matlamat serbuan dan adakah matlamat itu hanya mampu tercapai melalui serbuan? Soal adanya hak dan kuasa satu perkara, tetapi yang lebih penting ialah kebijaksanaan tindakan sedemikian rupa.

"Pengalaman kita dengan serbuan pegawai penguatkuasa JAIS selama ini semuanya kurang manis," katanya.

Mengulas mengenai dakwaan wujudnya usaha memurtadkan 12 orang Islam yang menghadiri majlis makan malam amal di gereja berkenaan, Khalid berkata JAIS seharusnya memantau dan seterusnya mendampingi kumpulan berkenaan dengan baik tanpa perlu menyerbu masuk ke gereja tersebut.

"Sekiranya 12 orang itu hadir secara rela dan sedang dipujuk dengan berbagai ucapan yang menyatakan kelebihan Kristian dan betapa Islam itu keras dan bersifat memaksa, tanpa adanya keprihatinan dan sebagainya, maka tindakan menyerbu mungkin mendatangkan natijah yang sebaliknya.

"Adalah lebih baik dipantau, dapatkan nombor kereta serta maklumat lain dan seterusnya didampingi golongan 12 tersebut selepas dari itu.

"Kalau bukti memadai, mungkin juga boleh dikenakan tindakan undang-undang. Tidak perlu serbu. Matlamat tercapai, nama baik Islam tidak tercemar, yang 12 dapat diuruskan dan dinasihati dan begitu juga pihak Gereja," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan