Dr M Sifatkan Pertukaran Saham AirAsia-MAS Idea Baik

Diterbitkan: Selasa, 9 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed berkata pertukaran saham antara Malaysian Airlines (MAS) dan AirAsia merupakan idea yang amat baik.

Beliau menyifatkannya sebagai cadangan yang tepat dan melahirkan harapan yang kerjasama itu akan memberi faedah kepada kedua-dua pihak.

"AirAsia boleh mempelajari pengalaman MAS dan MAS boleh mempelajari bagaimana untuk mengurangkan kos sebagaimana yang dilakukan oleh AirAsia," katanya semasa diminta mengulas mengenai isu berkenaan pada majlis berbuka puasa Proton Holdings Bhd di sini, Selasa.

Mengenai kesan ekonomi AS sekarang ini terhadap Malaysia, Dr Mahathir berkata: "(Keadaan) ini dapat di atasi oleh negara kita."

"Kita sudahpun beralih dari negara AS kepada China yang mana di masa lampau dagangan dengan China telah meningkat berkali ganda.

"Kita telah buat persediaan apabila merosot ekonomi AS, kita dapat rakan dagang yang lain, yang tidak kurang besarnya," jelasnya.

Dr Mahathir berkata 20 peratus dagangan Malaysia adalah dengan AS dan apabila AS menghadapi masalah tentu dagangan dengan Malaysia turut terjejas. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan