Tragedi Cameron Highlands: JKM Hulur Bantuan Barangan Keperluan

Diterbitkan: Isnin, 8 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi berkaitan akan memberi bantuan segera berbentuk barangan keperluan dan perubatan kepada semua 523 mangsa tragedi tanah runtuh di perkampungan Orang Asli di Sungai Ruil, Cameron Highlands, Ahad.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata bantuan tersebut akan diagihkan kepada mangsa yang kini dipindahkan ke penempatan sementara di dewan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Brinchang, Cameron Highlands.

"Agensi seperti Majlis Keselamatan Negara akan menyediakan bantuan kewangan kepada keluarga mangsa yang terjejas akibat tragedi tersebut bagi memastikan nasib mereka ini terbela," katanya kepada pemberita selepas majlis Barakah Ramadan Bersama Kumpulan Sasar dan Jakel Trading di sini Isnin.

Turut hadir, Pengarah Urusan Jakel Trading, Mohamed Faroz Mohamed Jakel.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang semalam lima buah rumah di perkampungan tersebut tertimbus akibat tanah runtuh dan setakat ini telah mengorbankan tujuh nyawa manakala dua lagi cedera parah.

Dalam pada itu sebagai tanda prihatin, Mohamed Faroz berkata Jakel Trading turut akan memberi sumbangan berbentuk pakaian dan barangan keperluan kepada semua mangsa yang terjejas dan bantuan RM1,000 kepada setiap keluarga mangsa yang maut dalam tragedi tersebut.

Sementara itu dalam memastikan golongan peniaga dapat terus menjana pendapatan tinggi, Shahrizat berkata adalah penting untuk rakyat terus menyokong kerajaan yang dapat menjamin kestabilan ekonomi, politik dan sosial.

"Jangan pilih pembangkang, sebab mereka ini boleh bawa huru-hara, kita tak mahu keadaan yang tak stabil, jika tidak ekonomi kita akan terjejas sekaligus menjejaskan pendapatan golongan peniaga dan juga masyarakat," katanya.

Sempena program itu, seramai 300 warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) daripada institusi di bawah JKM dari Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan hari ini berpeluang memilih sendiri pakaian untuk Hari Raya Aidilfitri yang disumbangkan oleh Jakel.

Shahrizat berkata penglibatan Jakel sebagai rakan pintar dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) seperti itu juga perlu diperluaskan kepada banyak lagi sektor korporat yang lain sebagai tanda prihatin kepada golongan kurang berkemampuan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan