Sistem Pangkalan Data Isu-Isu Sosial Dilancarkan - Shahrizat

Diterbitkan: Isnin, 8 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Maklumat berkaitan isu sosial yang dikendalikan semua agensi dan jabatan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan dikumpul dalam satu pangkalan sistem bagi memudahkan capaian dan rujukan antara jabatan dan agensi.

Sistem Pangkalan Data Isu-isu Sosial (SPDIIS) yang kini masih di peringkat pembangunan itu dilancarkan oleh Menterinya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada Isnin.

"Sekarang kita nak menentukan ada satu pangkalan data supaya senang untuk diakses dan yang mustahak ia akan menjadi satu rujukan kepada polisi dan tindakan yang dijalankan kementerian dan jadi rujukan agensi dibawahnya," katanya kepada media selepas melancarkan sistem itu di sini Isnin.

Shahrizat juga berkata pembangunan sistem SPDIIS itu adalah salah satu langkah untuk mempertingkatkan lagi pembangunan sosial negara setaraf dengan pembangunan ekonomi negara dalam matlamat mencapai taraf negara maju.

Sementara itu, Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM) Prof Dr Mohammed Fadzil Che Din memberitahu Bernama bahawa proses pengumpulan data sistem itu kini mencapai 60 peratus dan keseluruhan maklumat dijangka akan dapat dikumpul sepenuhnya sebelum penghujung tahun ini.

"Buat masa ini hanya agensi dan jabatan di bawah kementerian sahaja yang dapat mengakses sistem itu, setelah siap sepenuhnya nanti orang ramai boleh mengaksesnya di portal yang akan dimaklumkan kemudian," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan