Saksi Dengar Bunyi Dentuman Kuat Sebelum Tanah Runtuh

Diterbitkan: Isnin, 8 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CAMERON HIGHLANDS: Saksi kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di sini mendengar bunyi dentuman kuat sejurus sebelum tragedi itu berlaku kira-kira 5.45 petang, Ahad.

"Waktu itu saya sedang masak, tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman dan letupan yang sangat kuat. Saya sangka bunyi guruh," kata Minah Bahu, 50, yang rumahnya bersebelahan dengan rumah terakhir yang tertimbus dalam tragedi itu.

Menceritakan kejadian itu kepada pemberita di sini, Minah berkata selepas mendengar dentuman tersebut, beliau menjerit meminta semua 11 anggota keluarganya yang berada di dalam rumah agar keluar dengan segera.

Minah berkata dentuman itu juga menyebabkan semua penduduk kampung keluar daripada rumah masing-masing dan mereka hanya mampu melihat tiga rumah terbabit ditimbuni tanah dan lumpur.

Sebaik sahaja pergerakan tanah berhenti, semua penduduk kampung berusaha mencari dan menyelamatkan penghuni ketiga-tiga rumah terbabit, katanya.

"Orang kampung berjaya menemui tiga orang tapi semua meninggal dunia kemudiannya. Keadaan sungguh kelam-kabut," katanya.

Minah berkata ambulans yang tiba tidak lama kemudian juga tidak dapat menghampiri kawasan kejadian berikutan banjir yang berlaku di jalan masuk.

"Penduduk kampung kemudian mengusung semua mangsa menuju ke ambulans itu. Mangsa pertama yang ditemui iaitu seorang perempuan meninggal dunia ketika diusung penduduk ke ambulans," katanya.

Mengulas rentetan sebelum kejadian, Minah berkata hujan mula turun sekitar 3 petang sebelum menjadi benar-benar lebat kira-kira sejam kemudian dan berterusan sehingga pukul 5.00 petang.

Tragedi itu meragut tujuh nyawa termasuk empat wanita, manakala dua lagi parah. Polis menghentikan operasi mencari dan menyelamat pada 1.50 pagi tadi selepas mangsa terakhir ditemui pada 1.20 pagi.

Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil yang terletak kira-kira dua kilometer dari Jalan Brinchang-Tanah Rata mempunyai 45 buah rumah yang didiami kira-kira 1,300 penghuni dan merupakan perkampungan Orang Asli paling lama wujud di sini. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan