Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil Terkenal Dengan Aktiviti Pelancongan

Diterbitkan: Isnin, 8 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil yang dilanda kejadian tanah runtuh 5.45 petang semalam merupakan salah satu daripada dua perkampungan orang asli yang terkenal di Cameron Highlands, Pahang.

Perkampungan itu dan perkampungan Orang Asli Kampung Pagan adalah perkampungan yang terkenal dengan aktiviti pelancongan antaranya lawatan berpandu dan inap desa.

Pakej pelancongan di perkampungan itu juga merupakan salah satu daripada 16 pakej pelancongan yang mempromosikan lawatan ke perkampungan Orang Asli di negara ini yang turut mempromosikan pakej pelancongan di Taman Negara dan Hutan Belum.

Sebanyak 145 buah rumah terdapat di perkampungan tetap Orang Asli Sungai Ruil di Tanah Rata yang turut menempatkan kira-kira 1,300 orang penduduk dan perkampungan itu terletak kira-kira 5km dari Pekan Tanah Rata.

Pada masa dahulu memburu menggunakan sumpit, memancing dan mengumpul hasil hutan merupakan aktiviti harian penduduk di kawasan itu.

Bagaimanapun dengan arus pemodenan, aktiviti pelancongan menjadi antara aktiviti utama di samping penduduk beralih pekerjaan dengan bekerja dalam sektor kerajaan serta swasta.

Arus pemodenan turut merubah wajah perkampungan itu antaranya perkhidmatan langganan televisyen satelit berbayar dan penubuhan sebuah Pusat Teknologi Maklumat bagi memastikan penduduk di kawasan itu celik IT.

Kerajaan sentiasa memantau keperluan dan kebajikan penduduk Orang Asli di kawasan itu dengan penubuhan pejabat Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.

Cameron Highlands, satu daripada pusat peranginan tanah tinggi terkenal di negara ini berada 1,829 meter di atas paras laut, bercuaca sejuk dengan suhu antara 10 dan 20 darjah celsius.

Selain Tanah Rata, dua lagi pekan utama di Cameron Highlands ialah Ringlet dan Brinchang. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan