Khazanah Nafi Tony Fernandes Jadi Pemegang Saham Terbesar Dalam MAS

Diterbitkan: Isnin, 8 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd menafikan laporan media bahawa Tan Sri Tony Fernandes dari AirAsia akan muncul sebagai pemegang saham terbesar tunggal apabila menguasai 20 peratus kepentingan dalam Malaysian Airline System Bhd (MAS) menerusi perjanjian pertukaran saham.

"Laporan ini tidak betul," kata cabang pelaburan kerajaan itu dalam satu kenyataan ringkas di sini Ahad.

Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranum, dua pemegang utama saham AirAsia dan AirAsia X Sdn Bhd, dalam kenyataan berasingan berkata laporan media itu tidak betul.

Laporan itu menyebut usaha itu bertujuan memulihkan kewangan syarikat penerbangan yang bermasalah itu.

Khazanah berkata: "Sektor penerbangan merupakan sektor stratagik kepada ekonomi dan MAS kekal sebagai pemegangan teras dalam portfolio Khazanah Nasional. Khazanah akan terus mengekalkan kedudukannya sebagai pemegang tunggal terbesar dalam MAS."

Khazanah menguasai kira-kira 70 peratus kepentingan dalam MAS.

"Sebagai pelabur strategik yang aktif, Khazanah sentiasa mengkaji jalan untuk meningkatkan prestasi syarikat portfolionya dan pada masa yang sama meningkatkan saingan dalam sektor ekonomi yang strategik itu," katanya.

Khazanah yang memegang ekuiti utama dalam syarikat AirAsia, Tune Air Sdn Bhd, berkata pengumuman lanjut mengenai kedudukan Khazanah dalam pelan transformasi berterusan MAS, akan dibuat pada masa yang sesuai.

Fernandes dan Kamarudin, yang menguasai 26.28 peratus kepentingan dalam syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata : "Kami mahu menjelaskan bahawa ini (laporan media) tidak betul."

"Sebagai pemegang utama saham AirAsia Bhd dan AirAsia X Sdn Bhd, kami komited untuk meningkatkan nilai pemegang saham dalam kedua-dua pelaburan teras kami dengan terus meneroka pelbagai peluang untuk meningkatkan francais kami," kata mereka dalam kenyataan bersama itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan