JPJ Kedah Buka Kaunter Online Di Bazar Ramadan Stadium Setiap Sabtu

Diterbitkan: Isnin, 8 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah membuka kaunter online (One JPJ) di Bazar Ramadan Stadium di Stadium Darulaman di sini pada setiap Sabtu bagi memudahkan orang ramai membuat semakan saman, pembaharuan lesen memandu dan pembaharuan cukai jalan.

Pengarahnya Ahmad Musadad Sulaiman berkata kaunter itu dibuka pada setiap hari Sabtu sepanjang bulan puasa bermula pukul 9 pagi hingga pukul 4 petang.

"Kita telah mula operasi pada Sabtu lepas dan akan berterusan setiap Sabtu sepanjang bulan Ramadan. Untuk kali pertama pembukaan kaunter ini, kira-kira 50 pengunjung telah mengunjungi kaunter kita dan itu adalah satu permulaan yang bagus," katanya kepada pemberita di sini.

Menurutnya kaunter di Bazar Ramadan Stadium itu terletak bersebelahan dengan mesin ATM Bank Simpanan Nasional kerana ia menjadi tumpuan orang ramai yang datang ke bazar tersebut.

"Kita akan meneruskan pembukaan kaunter ini selepas raya di lain-lain tempat tumpuan orang ramai seperti pasaraya. Ia akan ditentukan kelak," katanya.

Dalam perkembangan lain Ahmad Musadad berkata JPJ akan mengadakan operasi bagi membanteras ulat teksi sempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri.

"Kita akan mengambil tindakan terhadap ulat-ulat teksi di semua perhentian bas di Kedah dan operasi ini akan bermula pada 14 Ogos ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan