Gempa Bumi Lemah Dikesan Berhampiran Laut Jawa

Diterbitkan: Isnin, 8 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi lemah berukuran 4.9 pada skala Richter dikesan berhampiran Laut Jawa, Indonesia, pada kira-kira pukul 10.35 pagi ini.

Pusat gempa itu terletak di kedudukan 166km Timur Laut Semarang, Indonesia, dan 758km Barat Daya Lubok Antu, Sarawak, menurut Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan.

Tiada ancaman tsunami dikesan susulan gempa. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan