Simulasi Pilihan Raya Umno Kelantan September Ini

Diterbitkan: Ahad, 7 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Umno Kelantan akan mengadakan simulasi pilihan rayanya pada September ini, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Mustapa Mohamed pada Sabtu.

Beliau berkata parti itu sedang membincangkan tarikh yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya 'olok-olok' tersebut, yang merupakan persediaan Umno untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Kita sedang atur simulasi pilihan raya untuk Kelantan yang bertujuan untuk menguatkan lagi jentera kita, mendapatkan input semasa dan mengenal pasti kelemahan jentera yang perlu diperbaiki," katanya kepada pemberita selepas Majlis Muzakarah Persiapan Menghadapi PRU-13: Cabaran dan Harapan di sini.

Simulasi pilihan raya itu adalah susulan daripada arahan Umno pusat selepas Majlis Tertinggi parti pada 27 Mei memutuskan langkah tersebut perlu sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum kelak.

Mengulas lanjut, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata buat masa ini pergerakan ketiga-tiga sayap parti Barisan Nasional (BN) di Kelantan dilihat masih kurang memuaskan.

Sambil menyifatkan sesetengah jentera bergerak dan melaksanakan program secara 'hangat-hangat tahi ayam', beliau berkata perkara itu harus diubah dalam memastikan jentera terus kuat bagi menghadapi pilihan raya yang bakal diadakan pada bila-bila masa.

"Semangat meningkat tetapi belum mencukupi, belum sampai tahap dah siap sedia hadapi pilihan raya," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan