Pembantu Rumah Didaftar Dalam Sistem Biometrik Apabila Majikan Perbaharui Permit

Diterbitkan: Sabtu, 6 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Seramai 250,000 pembantu rumah warga asing yang bekerja di negara ini akan didaftar ke dalam sistem pendaftaran biometrik apabila majikan memperbaharui permit kerja mereka, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata ia berikutan pembantu rumah tidak termasuk dalam kumpulan pekerja dalam industri yang terlibat Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing Yang Sah.

"Bilangan pekerja asing secara sah ialah 1.9 juta orang dan bilangan pembantu rumah yang sah adalah 250,000 orang.

"Ini bermaksud seramai 1.65 juta pekerja asing yang sah (yang terlibat dalam sektor industri) yang perlu didaftarkan dalam program pendaftaran biometrik," katanya kepada pemberita sebelum merasmikan Program Myskills 2011 peringat negeri ini, di sini Sabtu.

Pendaftaran biometrik itu merupakan permulaan Program 6P yang meliputi pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran pekerja asing di negara ini.

Mengenai program Myskills, Subramaniam berkata setakat ini kira-kira 3,000 orang telah mendaftar dalam program berkenaan.

Beliau berkata mereka yang telah mendaftar akan ditempatkan di institut kemahiran secara berperingkat untuk menjalani latihan dalam bidang tertentu.

"Setakat ini seramai 120 orang telah ditempatkan di Institut Latihan Perindustrian dan Institut Kemahiran Belia Negara," katanya.

Katanya program yang mendapat sambutan menggalakkan itu akan diteruskan di peringkat daerah tidak lama lagi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan