PAS Selangor Minta Penjelasan Hasan Ali

Diterbitkan: Sabtu, 6 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: PAS Selangor akan memanggil Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Datuk Dr Hasan Mohamed Ali untuk memberi penjelasan lanjut berhubung tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya, Rabu lalu.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Khalid Samad berkata Hasan Ali akan dipanggil untuk memberi penjelasan kepada dewan harian negeri yang akan bermesyuarat dalam tempoh terdekat berhubung isu berkenaan.

“PAS Selangor sentiasa berpegang teguh kepada prinsip bahawa rumah-rumah ibadat masyarakat pelbagai agama perlu dihormati.

"Masuk tanpa apa-apa kebenaran atau waran adalah satu tindakan yang perlu dielakkan lebih-lebih lagi rumah ibadat. Isu ini sensitif dan mungkin berlaku salah faham antara kaum dan agama.

"Bukan perkara yang wajar untuk buat kesimpulan bahawa ada usaha untuk murtad dan sebarkan agama Kristian. Maka JAIS perlu beri penjelasan dan serah laporan kenapa,bagaimana perkara itu berlaku,” katanya kepada pemberita pada sidang media di pejabatnya pada Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Hasan Ali mempertahankan tindakan penguat kuasa JAIS menyerbu Gereja Methodist di Damansara Utama Rabu lalu.

Hasan dilaporkan berkata pemeriksaan itu dilakukan selepas JAIS memperoleh bukti wujudnya percubaan memurtadkan umat Islam di negeri ini pada majlis berkenaan.

Menurut beliau berdasarkan maklumat yang diterima mengatakan terdapat kehadiran orang Islam pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan.

Mengulas lanjut isu berkenaan, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata setakat ini, hanya Hasan Ali yang mengaitkan program anjuran sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di gereja itu dengan tujuan mahu memurtadkan umat Islam.

“JAIS sebelum ini memberi alasan terdapat bukti penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam. Setakat ini , ‘kecuali satu’ tiada mana-mana pihak yang mengaitkan persoalan pengembangan agama bukan Islam terhadap penganut Islam.

“Saya baru balik dari Gaza. Di Gaza Israel ceroboh masjid ikut suka, kita bantah. Kita ada perasaan begitu. Saya rasa orang agama lain pun ada perasaan, pandangan sama. Pada pandangan PAS, tempat ibadat perlu dihormati,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha PAS Selangor Khairuddin Othman pula menyifatkan tindakan JAIS itu sebagai tidak beretika dan kurang sopan.

“Pengalaman dulu JAIS pernah masuk surau dan masjid secara kurang beretika. Tetapi itu zaman dulu, tetapi terbawa hingga sekarang mungkin,” katanya.

Rabu lalu, penguat kuasa JAIS menyerbu gereja terbabit selepas mendapat maklumat bahawa terdapat orang Islam turut menghadiri majlis di gereja berkenaan.

Ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 9 malam, kelihatan seseorang sedang mengadakan pengucapan awam yang ucapannya ada diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan