Kos Baik Pulih Rumah Penduduk Miskin RM72.9 Juta

Diterbitkan: Sabtu, 6 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RAUB: Sebanyak RM72.9 juta diperuntukkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menerusi Giat Mara bagi membina dan membaik pulih rumah penduduk miskin di seluruh negara untuk tahun ini.

Pengerusi Giat Mara Datuk Shahiruddin Ab Moin berkata peruntukan itu melibatkan pembinaan 287 buah rumah baru dan kira-kira 5,000 buah rumah untuk dibaik pulih.

"Saya telah mengarahkan kakitangan Giat Mara di seluruh negara supaya meninjau kaedaan rumah yang telah disenaraikan kementerian sebelum kerja kerja membaik pulih dilaksanakan.

"Peruntukan bagi membina rumah baru ialah RM30,000 bagi Semenanjung dan RM33,000 di Sabah dan Sarawak, manakala kos membaik pulih rumah penduduk daif dan usang ialah RM11,000 sebuah," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Beliau berkata selain menggunakan tenaga pelatih Giat Mara, kerja-kerja berkenaan juga akan diberikan kepada koperasi bekas pelatih Giat Mara dan kontraktor kelas F.

"Kerja-kerja tersebut juga kita serahkan kepada pihak terbabit kerana pelatih Giat Mara tidak mampu menyiapkan secara serentak di seluruh negara.

"Selain memberikan latihan praktikal kepada pelatih Giat Mara, ia turut memberi rezeki kepada kontraktor dan koperasi terbabit," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan