Isu Serbuan Jais Bukti Kepincangan Kerajaan Selangor - Penganalisis Politik

Diterbitkan: Sabtu, 6 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kontroversi berlarutan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap satu majlis makan malam di Gereja Methodist Damansara Utama menunjukkan kerajaan negeri Selangor sedang mengalami kepincangan ketara.

Menurut beberapa penganalisis politik, ini berikutan kenyataan yang bercanggah di antara Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Exco Negeri bagi Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Datuk Dr Hassan Mohd Ali.

Bagi pensyarah sains politik Universiti Teknologi Mara Asri Salleh, sewajarnya Jais dibiarkan untuk menjalankan tugasnya secara profesional tanpa sebarang campur tangan politik.

"Adalah lebih wajar sekiranya Jais berurusan terus dengan pihak gereja, maka benda ini tidak akan menjadi kontroversi seperti sekarang," katanya ketika dihubungi Bernama, Jumaat.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai serbuan Jais itu pada Rabu lepas yang menerima kenyataan berbeza dan bercanggah daripada wakil PKR, PAS dan DAP di dalam kerajaan negeri Selangor.

Menurut Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia Mohamad Faisol Keling, semakin hari semakin jelas kepincangan dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau berkata, kepincangan ini terjadi akibat kerapuhan Pakatan PAS, DAP dan PKR kerana perbezaan matlamat dan objektif walaupun berlindung di bawah payung yang sama iaitu Kerajaan Negeri Selangor.

"Sekiranya isu yang dibangkitkan ini ada pertembungan dari segi pengurusan (kerajaan negeri) dan objektif ideologi (parti), maka ia telah membuktikan kerjasama yang lemah dalam pakatan itu sendiri.

"DAP objektif lain, PKR lain, PAS pun lain. Maka perbezaan ini telah menjadi kelemahan dalam pakatan itu sendiri dan memberi kesan terhadap sistem penyampaian kepada masyarakat," katanya.

Sementara itu, Majlis Aids Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata majlis tersebut dianjurkan untuk mengutip derma bagi pihak Harapan Komuniti, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dalam beberapa program sokongan untuk pesakit HIV/AIDS.

Presiden MAC Tan Sri Mohd Zaman Khan berkata Majlis Derma Jamuan Malam Muhibbah 1Malaysia adalah untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada mereka yang kurang bernasib baik serta sokongan untuk perhidmatan perubatan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan