Giat Mara Bina, Baiki Rumah Penduduk Miskin Libatkan Kos RM72.9 Juta

Diterbitkan: Sabtu, 6 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RAUB: Sebanyak RM72.9 juta diperuntukkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menerusi Giat Mara bagi membina dan membaik pulih rumah penduduk miskin di seluruh negara untuk tahun ini.

Pengerusi Giat Mara, Datuk Shahiruddin Ab Moin berkata, peruntukan itu melibatkan pembinaan 287 buah rumah baru dan kira-kira 5,000 buah rumah untuk dibaik pulih.

"Saya telah mengarahkan kakitangan Giat Mara di seluruh negara supaya meninjau kaedaan rumah yang telah disenaraikan kementerian sebelum kerja kerja membaik pulih dilaksanakan.

"Peruntukan bagi membina rumah baru ialah RM30,000 bagi Semenanjung dan RM33,000 di Sabah dan Sarawak, manakala kos membaik pulih rumah penduduk daif dan usang ialah RM11,000 sebuah," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, selain menggunakan tenaga pelatih Giat Mara, kerja-kerja berkenaan juga akan diberikan kepada koperasi bekas pelatih Giat Mara dan kontraktor kelas F.

"Kerja-kerja tersebut juga kita serahkan kepada pihak terbabit kerana pelatih Giat Mara tidak mampu menyiapkan secara serentak di seluruh negara.

"Selain memberikan latihan praktikal kepada pelatih Giat Mara, ia turut memberi rezeki kepada kontraktor dan koperasi terbabit," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan