25,000 Murid Sekolah Rendah, Pra Sekolah Di Terengganu Khatam Al-Quran Oktober Ini

Diterbitkan: Sabtu, 6 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Yayasan Islam Terengganu (YIT) akan mengadakan program khatam al-Quran yang membabitkan sejumlah 25,000 kanak-kanak Oktober ini.

Pengarahnya, Md Kamaru Al-Amin Ismail berkata daripada jumlah itu, seramai 7,000 kanak-kanak prasekolah YIT, Kemas dan Jabatan Perpaduan, manakala 18,000 lagi murid sekolah rendah.

"Program ini salah satu usaha untuk menyemarakkan syiar Islam di negeri ini," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata program itu merupakan usaha kerajaan negeri bagi memastikan murid sekolah rendah khatam Al-Quran sebelum mereka ke sekolah menengah.

Dalam perkembangan lain, YIT akan membelanjakan kira-kira RM5 juta untuk membina asrama Institut Pendidikan Islam Yayasan Islam di Kampung Binjai, Kemaman pada akhir tahun ini bagi menampung lebih ramai pelajar.

Md Kamaru Al-Amin juga berkata YIT bercadang membelanjakan RM5 juta untuk membina pondok di Kampung Pelandang, Hulu Terengganu awal tahun depan di atas tanah wakaf seorang penduduk kampung. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan