NUTP Minta Unit NKRA KPM Tambah Baik SAPS Dengan Segera

Diterbitkan: Jumaat, 5 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta Unit Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Kementerian Pelajaran melakukan penambahbaikan segera terhadap Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang didakwanya bermasalah.

Setiausaha Agung NUTP Loke Yim Phing berkata kesatuan menerima banyak rungutan dan aduan daripada guru-guru di seluruh negara mengenai SAPS, yang diperkenalkan Julai lepas untuk menyelaras kemasukan data peperiksaan ke dalam satu sistem berpusat sahaja.

"Mereka (guru-guru) bukan tidak sanggup mematuhi tugas mereka, namun sistem berkenaan memang bermasalah sehingga menyebabkan mereka terpaksa menunggu berjam-jam untuk key-in data peperiksaan seterusnya menyebabkan mereka tertekan.

"Oleh itu, kita berharap supaya sistem berkenaan dapat diperbaiki dengan segera," katanya kepada pemberita di Wisma NUTP di sini Jumaat.

Sistem SAPS dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran secara talian bertujuan mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh negara.

Sistem berkenaan, yang boleh dicapai semua pihak termasuk Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Daerah dan Pejabat Pelajaran Daerah, sepatutnya memudahkan guru memasukkan dan mengemas kini maklumat kelas, maklumat matapelajaran dan data pelajar di bawah jagaannya selain memasukkan markah setiap mata pelajaran mengikut peperiksaan yang ditetapkan.

Loke melahirkan kebimbangan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas akan terjejas kerana guru terlalu sibuk untuk memasukkan data peperiksaan ke dalam sistem berkenaan.

"Sehinggakan ada guru yang sanggup meninggalkan proses P&P di kelas semata-mata mahu key-in data peperiksaan ketika sistem berkenaan berada dalam keadaan baik," katanya.

Beliau mencadangkan agar unit berkenaan melanjutkan tarikh akhir kemasukan data peperiksaan ke dalam sistem berkenaan dari 15 Ogos ini kepada akhir bulan ini. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan