Kerajaan Selangor Arah JAIS Sedia Laporan Serbu Majlis Makan Malam Di Gereja

Diterbitkan: Jumaat, 5 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan Negeri Selangor mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyediakan laporan lengkap ekoran tindakan bersama polis menyerbu majlis makan malam muhibbah di Gereja Methodist Damansara Utama di sini, malam Rabu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau secara peribadi telah menghubungi Paderi kanan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Daniel Ho dan menyatakan kekesalan pihak kerajaan negeri berhubung insiden itu.

"Saya memberitahu beliau bahawa saya telah minta JAIS menyediakan laporan penuh mengenai insiden ini, termasuk sebab-sebab terperinci serbuan tersebut dilakukan.

"Saya berharap dapat berjumpa dengan Pastor Daniel Ho sebaik sahaja laporan lengkap ini diterima," kata beliau dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

Beliau mengulas serbuan oleh polis dan penguatkuasa JAIS selepas dikatakan mendapat laporan bahawa terdapat usaha memurtadkan umat Islam pada majlis makan malam di gereja berkenaan.

Dalam pada itu Abdul Khalid menegaskan, kerajaan negeri menghormati kebebasan beragama dan hak semua pihak untuk meraikan kebudayaan serta kepercayaan mereka.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa terbuka kepada perbincangan dan dialog mengenai keharmonian dan tolenrasi di kalangan rakyat yang pelbagai agama serta amat menghargai usaha-usaha meningkatkan kefahaman antara agama sekaligus menyatupadukan rakyat.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan