Kerajaan Diminta Dakwa Dalang Paksa Kanak-Kanak Kutip Derma

Diterbitkan: Jumaat, 5 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Pergerakan Wanita Umno Bahagian Kalabakan menggesa kerajaan supaya menghukum dalang yang memperalat kanak-kanak untuk mengutip derma di tempat awam.

Ketuanya Datuk Hamisa Samat berkata kerajaan mesti lebih tegas menangani isu berkenaan memandangkan kegiatan itu sudah berterusan sekian lama tanpa tindakan berkesan pihak berkuasa bagi membendungnya.

"Masalah ini adalah masalah nasional kerana kes mempergunakan kanak-kanak bagi mengutip derma atas nama sekolah agama, pusat tahfiz dan rumah anak-anak yatim berlaku di seluruh negara termasuk di Sabah ini.

"Kebanyakan anak-anak ini berkeliaran di pusat beli belah, di kaki lima dengan membawa tabung berlabelkan nama sekolah agama, pusat tahfiz dan rumah anak-anak yatim, yang kita tidak tahu betul atau tidak kewujudannya.

"Kita percaya pihak tidak bertanggungjawab ini berani berbuat demikian kerana tidak ada tindakan berkesan yang diambil terhadap mereka," katanya selepas majlis penyerahan bantuaan di perkarangan Masjid Aman, Kampung Tanjung Batu Tengah, di sini.

Pada majlis berkenaan Hamisa, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tanjung Batu, menyerahkan bantuan Pusat Zakat Sabah sebanyak RM200 setiap seorang kepada 20 orang golongan fakir miskin, mualaf dan balu.

Menurut Hamisa langkah tegas seperti tindakan mahkamah berkenaan perlu diambil sebagai amaran kepada pihak tidak bertanggungjawab berkenaan bahawa perbuatana itu salah di sini undang-undang.

Beliau menyambut baik kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bahawa kementerian itu akan bekerjasama dengan polis bagi menangani isu kanak-kanak yang dieksploitasi untuk mengutip dana di tempat awam menerusi Akta Kanak-Kanak 2001.

Hamisa berkata dalang kegiatan itu bukan sahaja mengabaikan kebajikan kanak-kanak berkenaan tetapi menyebabkan kanak-kanak itu tidak mendapat pendidikan sewajarnya kerana masa mereka dihabiskan untuk mengutip derma. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan