Industri Pengangkutan Perlu Teliti Semula Cara Pengambilan Dan Pengurusan Pemandu

Diterbitkan: Jumaat, 5 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam pada Jumaat meminta industri pengangkutan supaya meneliti semula sistem pengambilan dan pengurusan pemandu.

Beliau berkata sudah menjadi trend dalam kalangan majikan untuk menggaji pekerja asing sebagai penyelesaian segera kepada masalah pengurusan sumber manusia mereka.

"Majikan di Malaysia perlu menghentikan amalan ini dan meneliti semula bagaimana mereka dapat memodenkan pengurusan sumber manusia mereka supaya ia relevan dengan keadaan semasa," katanya dalam satu kenyataan, Jumaat.

Dr Subramaniam mengulas cadangan yang diutarakan semalam oleh syarikat bas ekspres terbesar di negara ini, Konsortium Transnasional Bhd, supaya syarikat bas ekspres dibenarkan mengambil pekerja asing sebagai pemandu untuk mengatasi masalah kekurangan pemandu bas ekspres dan menyingkirkan pemandu yang cuai dalam kalangan pemandu sedia ada.

Beliau berkata industri pengangkutan perlu mengambil serius terhadap beberapa isu, misalnya pendidikan dan latihan yang sewajarnya kepada pemandu, menanam sikap mengutamakan keselamatan sebagai teras profesion, faedah sosial yang mencukupi dan sistem saraan yang adil serta saksama.

"Adalah tidak adil untuk sama sekali menyalahkan sikap pemandu sebagai punca kekurangan dalam industri ini. Sikap akan wujud daripada persekitaran kerja; persekitaran kerja yang tidak baik pula mewujudkan sikap yang lemah, begitulah sebaliknya.

"Pekerja asing menyelinap masuk ke dalam hampir semua industri di Malaysia dan kita perlu berwaspada dalam membuka ruang yang mungkin mengancam keseluruhan struktur negara ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan