Anggota Exco Kedah Terima Surat Ugutan Berisi Peluru

Diterbitkan: Jumaat, 5 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KULIM: Anggota Exco Kedah Lim Soo Nee menerima kejutan pada Jumaat apabila menemui sepucuk surat mengandungi nota ugutan dan sebutir peluru di pejabatnya, di Taman Kemuning di sini.

Ketua Polis Daerah Kulim Supritendan Ghuzlan Salleh berkata anggota dewan undangan negeri (Adun) kawasan Kulim itu, menemui surat tersebut di atas tangga menuju ke pejabatnya kira-kira 9.45 pagi tadi.

"Lim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan ketika itu mahu naik ke pejabatnya di tingkat atas bangunan dua tingkat dan menemui sampul surat yang tertulis 'kepada Adun' di atas tangga.

"Beliau kemudian mengambil surat itu lalu membawanya ke pejabat sebelum membuka dan menemui nota serta peluru tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

Ghuzlan berkata nota itu antara lain mengandungi rasa tidak puas hati terhadap dua pembantu Lim yang menerima anugerah kebesaran sempena ulang tahun keputeraan Sultan Kedah baru-baru ini.

Pihak terbabit juga mengugut Lim agar tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang, kata Ghuzlan.

Beliau berkata polis kini mengesan dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam penghantaran surat ugutan tersebut.

Kedua-dua lelaki berkenaan dikenal pasti menerusi rakaman kamera litar tertutup yang dipasang di pejabat Adun berkenaan, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan