245,376 PATI Didaftar

Diterbitkan: Jumaat, 5 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seramai 245,376 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah didaftar sehingga tengah hari hari ini sejak hari pertama pendaftaran Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) bermula Isnin lepas.

Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Kementerian Dalam Negeri Datuk Alwi Ibrahim berkata dalam satu kenyataan pada Jumaat bahawa pendaftaran dibuat melalui 197 pejabat Imigresen dan 1,934 kaunter pendaftaran yang dikendalikan oleh 336 syarikat pengurus.

Berdasarkan pecahan mengikut negeri, Selangor mencatatkan bilangan pendaftaran paling tinggi dengan 79,855 orang, diikuti Kuala Lumpur (54,041), Johor (31,060), Pulau Pinang (18,278), Perak (13,358), Pahang (12,218), Putrajaya (11,641), Negeri Sembilan (9,146), Kedah (7,738), Melaka (3,981), Kelantan (1,690), Terengganu (1,557), Perlis (648) dan Labuan (255).

Mengenai aduan syarikat pengurus yang mendakwa gagal beroperasi akibat masalah teknikal, Alwi berkata kementerian mengenal pasti antara lainnya berpunca daripada komputer milik syarikat pengurus yang menggunakan sistem operasi tidak sepadan berbanding keperluan perisian yang digunakan bagi pendaftaran program itu.

Beliau meminta syarikat yang berhadapan masalah itu supaya menyelaraskan sistem operasi komputer masing-masing.

Alwi berkata bermula semalam, lebih 100 kakitangan teknologi maklumat di kementerian telah diarah turun ke lapangan untuk memantau operasi syarikat pengurus dan membantu menangani masalah teknikal, jika masih ada.

"Contohnya masalah berkaitan installation atau masalah memuat naik data," katanya.

Beliau berkata jika terdapat sebarang aduan atau masalah yang dihadapi, pihak yang berkaitan boleh menghubungi Bilik Gerakan KDN di talian 03-8886 8110/8112.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan