Tempat Tumpuan Awam Pada Bulan Ramadan Perlu Bebas Aedes

Diterbitkan: Khamis, 4 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan pada Khamis menyeru jawatankuasa setempat, agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkuasa tempatan (PBT) memastikan tempat-tempat tumpuan awam pada bulan Ramadan bebas daripada tempat pembiakan nyamuk aedes.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata antara kawasan yang menjadi tumpuan ramai pada bulan ini adalah pasar Ramadan, masjid, surau serta pusat membeli belah.

"Ini kerana tempat-tempat tumpuan ini dikunjungi orang ramai, khususnya pada lewat petang atau senja yang merupakan waktu puncak bagi nyamuk Aedes untuk menggigit," katanya dalam kenyataan di sini Khamis.

Sehubungan itu aktiviti pembersihan hendaklah dijalankan setiap minggu di kawasan terlibat selain memasukkan bahan pembunuh jentik-jentik dalam kolam takungan kekal seperti surau dan masjid, katanya.

Selain itu, Dr Hasan berkata gotong royong adalah antara kaedah paling efektif untuk mengurangkan tempat pembiakan nyamuk aedes, sekaligus mampu mencegah denggi.

Bagaimanapun beliau berkata penyertaan masyarakat dalam aktiviti gotong-royong masih rendah terutamanya di kawasan hotspot dengan hanya 10 peratus atau 78 orang daripada 790 jumlah penduduk setempat yang menghadiri gotong-royong anjuran jawatankuasa penduduk dan PBT.

Sehingga minggu ke-30 iaitu untuk tempoh 24 hingga 30 Julai lepas, Apartmen Sri Wira di Gombak dan PJS 7 di Petaling Jaya serta Desa Pandan (Blok G1-G10) dan Taman Melawati (Apartmen Kenari) adalah antara 83 lokaliti hotspot demam denggi di negara ini, kata beliau.

Dr Hasan berkata sepanjang minggu itu, 377 kes demam denggi dilaporkan, menurun enam kes berbanding 383 kes pada minggu terdahulu.

Bagaimanapun beberapa negeri menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya iaitu Sarawak yang meningkat lapan kes, Negeri Sembilan dan Selangor masing-masing tujuh kes, Labuan dan Sabah, masing-masing tiga kes, Pahang (empat kes) serta Melaka yang meningkat satu kes.

Pada tahun ini, untuk tempoh Januari hingga 30 Julai, 12,030 kes dilaporkan, menurun 58 peratus atau 16,486 kes berbanding 28,516 kes yang dilaporkan bagi tempoh sama tahun lepas, katanya.

"Bagi tempoh yang sama, 19 kematian akibat denggi dilaporkan, menurun 79 peratus berbanding 92 kematian pada tahun lepas," kata Dr Hasan.

Sementara itu, jumlah penyakit Chikungunya kekal 19 kes sehingga kini, manakala tiada kes dilaporkan untuk tempoh 24 hingga 30 Julai. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan