Perkasa Gesa Siasat Dakwaan Blog Kaitkan PDRM Dengan Israel

Diterbitkan: Khamis, 4 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan empat laman blog yang mendedahkan penyelewengan serta penglibatan Israel projek di ibu pejabat PDRM Bukit Aman.

Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris berkata, dakwaan blog-blog itu dikesan sejak lapan minggu lalu.

Katanya, empat laman blog itu adalah Darulehsantoday.blogspot, kerisputera.blogspot, gerakantimur.blogspot dan gerakan-anti-pkr.blogspot.

"Pendedahan ini melibatkan isu serius dan tidak boleh dipandang remeh.

"Kita minta polis dan SPRM siasat kesahihan cerita ini bagi memastikan keselamatan negara dan maklumat sulit kerajaan tidak jatuh ke tangan pihak tertentu," katanya ketika ditemui pemberita di luar perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, Rabu.

Menurutnya, laman blog itu turut mendakwa kononnya seorang lelaki berbangsa Cina terbabit dalam perkara itu dan ada hubungan dengan Israel.

"Kita susah nak cakap siapa individu yang disyaki terlibat dalam perkara ini. Mungkin ada berlaku salah guna kuasa. Jadi kita mahu polis dan SPRM menyiasat agar tindakan segera boleh dilakukan," katanya.

Terdahulu, Irwan membuat laporan polis berhubung perkara itu di sini pada pukul 12.30 tengah hari.

Lampiran bukti mengenai pendedahan empat laman web itu turut diserahkan kepada polis.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan