Pembekalan Air Di Perlis Terjejas 20 Peratus Berikutan Banjir Kilat

Diterbitkan: Khamis, 4 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Pembekalan air bersih ke seluruh Perlis terjejas sebanyak 20 peratus sejak Selasa lalu berikutan banjir kilat yang menenggelami Rumah Pam Air Sungai Pahat, kata Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu pada Rabu.

Beliau yang melawat rumah pam itu hari ini berkata, kerja-kerja membaiki kerosakan pam, motor dan kotak suis sedang giat dijalankan kerana banjir telah surut dan ia dijangka siap sepenuhnya 8 Ogos ini.

Hujan lebat yang berlaku di kawasan Sungai Batu Pahat pada awal pagi Selasa menyebabkan banjir kilat sehingga menenggelamkan enam unit pam di rumah pam itu selain beberapa buah kampung di kawasan Bintong yang turut dilanda banjir.

Md Isa berkata kejadian yang tidak diduga itu menyebabkan bekalan air bersih tidak dapat dipam ke kolam takungan Anak Chelong di Batu Pahat dan kolam takungan di Utan Aji kerana kesemua pam tidak berfungsi.

"Kira-kira 20 peratus atau 35 juta liter daripada keseluruhan pengeluaran harian air bersih di Perlis terjejas," katanya selepas mendengar taklimat Ketua Penolong Pengarah Bekalan Air Jabatan Kerja Raya (JKR) Perlis, Abdul Hamid Sahid.

Menurutnya kawasan yang terputus bekalan air termasuk keseluruhan kawasan Kuala Perlis, kawasan Bintong dan sebahagian bandar Kangar dan langkah kecemasan telah diambil termasuk menyambungkan bekalan air di kolam takungan Utan Aji ke kawasan Kuala Perlis.

Selain itu, bekalan air bersih juga dibekalkan menggunakan perkhidmatan 20 buah lori yang disewa yang beroperasi antara pukul 7 pagi dan 10 malam setiap hari dan bekalan air bersih juga dihantar menggunakan lori setiap hari di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) bagi keperluan operasi hospital itu.

Sambil berharap para penduduk yang terjejas dengan gangguan itu bersabar, Menteri Besar berkata, kerajaan negeri akan berusaha menyelesaikan masalah itu secepat mungkin demi kepentingan penduduk.

Sebagai contoh, beliau berkata, bekalan air di kawasan Kuala Perlis dijangka dapat dibekalkan semula lewat hari ini manakala kawasan-kawasan lain akan dibekalkan secara berperingkat.

Turut hadir ialah Pengarah JKR Perlis, Azizan Ab Rahman.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati para penduduk kampung meletakkan tong besar di pinggir jalan bagi memudahkan mereka menerima bantuan bekalan air bersih yang dihantar oleh JKR menggunakan lori manakala ada penduduk yang membeli air di kedai untuk keperluan harian mereka. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan