Laporan Portal Mengenai Pilihan Raya Olok-olok Di Perak Satu Provokasi:Zambry

Diterbitkan: Khamis, 4 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Barisan Nasional (BN) Perak boleh mengadakan pilihan raya olok-olok pada bila-bila masa kerana ia sentiasa bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

"Tetapi sehingga kini kita tidak pernah mengadakan sebarang pilihan raya olok-olok dan saya dapati laporan (Perak telah buat pilihan raya olok-olok) yang dibuat itu adalah tidak berasas kepada BN negeri," katanya mengulas laporan sebuah portal berita bahawa BN Perak telah mengadakan pilihan raya olok-olok yang berkesudahan dengan kekalahan BN.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri pada Selasa, beliau berkata laporan yang dibuat oleh portal berita itu adalah sesuatu yang bersifat provokasi.

"Ia cuba menggambarkan seolah-olah hampir kesemua 24 Ketua Bahagian Umno di Perak enggan menggerakkan jentera sehinggalah nama calon diumumkan," katanya.

Zambry berkata isu berkenaan tidak timbul kerana BN telah menetapkan untuk mengadakan musyawarah dan perundingan bagi membincang dan mencapai persetujuan dalam sebarang perkara termasuk soal calon.

Pemilihan calon telah dimulakan sejak awal berdasarkan kepada kriteria yang ditetapkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu calon mestilah orang yang disukai rakyat dan boleh memenangi pilihan raya, katanya.

"Saya telahpun menerima senarai pendek calon dan senarai itu sedang melalui beberapa proses penilaian. Kita ada formula di BN di mana ianya adalah melalui prinsip persefahaman," katanya.

Zambry berkata calon-calon berpotensi telahpun dikenal pasti dan ianya termasuk mereka yang sedang berkhidmat dan muka baru. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan