Kumpulan Pertama Pemohon Suaka Malaysia Tiba Di Christmas Island

Diterbitkan: Khamis, 4 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Kumpulan pertama pemohon suaka dijangka tiba ke Christmas Island pada Khamis untuk dihantar ke Malaysia, di bawah persetujuan pertukaran pelarian Malaysia-Australia.

The Australian Associated Press berkata 54 pemohon suaka itu akan dimaklumkan oleh pihak berkuasa bahawa mereka akan dihantar ke Malaysia bagi menyertai 90,000 orang lagi yang sedang memohon untuk ditempatkan sebagai pelarian.

Satu delegasi polis Malaysia dijangka tiba di Christmas Island untuk diberi taklimat pada hari yang sama, menurut laporan akhbar The Age.

Menurut akhbar itu antara 10 dan 20 pemohon suaka dipercayai akan dipindahkan ke Kuala Lumpur seawal-awalnya Ahad ini.

Di bawah persetujuan itu Australia akan menghantar 800 pemohon suaka ke Malaysia sebagai pertukaran dengan 4,000 pelarian yang sudah diproses. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan