Khalid: Tubuh Pasukan Khas Selesai Kemelut Unisel

Diterbitkan: Khamis, 4 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor menubuhkan pasukan petugas khas dengan melantik tiga ahli akademik bagi menyelesaikan kemelut pentadbiran yang melanda Universiti Selangor (Unisel).

Mereka ialah bekas Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, Prof Zulhadi Bardoyai; bekas Naib Canselor Unisel, Datuk Adnan Alias dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM), Datuk Dr Mohamad Ariffin Aton.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pelantikan itu dibuat dengan mengambil kira kelulusan akademik dan pengalaman luas dalam pentadbiran organisasi yang lebih besar.

Menurut beliau, pasukan tersebut sudah ditubuhkan ketika kemelut itu mula berlaku dan dikekalkan sehingga perlantikan Naib Canselor yang baru nanti.

Mengulas mengenai tindakan Naib Canselor Unisel, Datuk Dr Rosti Saruwono yang meletak jawatan, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri bersetuju menerima keputusan itu.

"Kita akan bincang urusan pentadbiran Unisel ini dalam pasukan . Malah perbincangan akan diadakan dalam masa satu jam ini untuk tetapkan perkara-perkara yang perlu dilakukan di Unisel.

"Dalam mana-mana institusi pun ada politik dalaman. Kerajaan Negeri bersetuju terima peletakan jawatan beliau.

"Kami tidak menghalang peletakan jawatannya kerana itu keputusan beliau. Surat juga telah kami terima," katanya.

Rosti sah meletak jawatannya berkuat kuasa Rabu dipercayai akibat tekanan politik dalaman dan pentadbiran kerajaan Negeri.

Difahamkan tindakan tersebut dilakukan sebagai 'membantah' keputusan pelucutan jawatan tiga pegawai Unisel yang dicadangkan dalam satu rumusan memorandum yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Siasatan Exco Kerajaan Negeri.

Tiga pegawai terbabit ialah Pendaftar, Rokmaa Mat; Dekan Fakulti Perniagaan, Prof. Dr. Khalifah Othman dan Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Halid Hasbullah yang dicadangkan dalam satu rumusan memorandum yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Siasatan Exco Kerajaan Negeri.

Memorandum itu disediakan dan ditandatangani oleh empat pegawai tertinggi lain di Unisel pada 16 Mei lalu terhadap tiga pegawai Unisel atas tuduhan tertentu yang dipercayai membabitkan salah tadbir urus universiti itu.

Tuduhan yang disertakan dalam memorandum itu turut melibatkan Rosti yang turut dicadangkan meletak jawatan dan digantikan serta-merta.

Mengenai dakwaan bahawa Rosti dipaksa memecat tiga orang pegawai Unisel seperti yang dilaporkan akhbar, Menteri Besar berkata perkara itu telah dibincangkan lebih awal bersama Naib Canselor dan tiga Timbalan Naib Canselor.

“Dr Rosti terlibat dalam perbincangan ini dan beliau tahu keputusan yang telah dibuat. Malah beliau juga telah menandatanganinya,” katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan