Kementerian Pelancongan Giat Promosi Pelancongan Berasas Agama Sepanjang Ramadan

Diterbitkan: Khamis, 4 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan akan bergiat lagi mempromosikan pelancongan berasaskan agama (eco-Ramadan) sepanjang bulan puasa yang dianggap mampu menarik lebih ramai pelancong terutama dari Timur Tengah.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata penganjuran Bazar Ramadan dengan kerjasama Masjid Jamek, Kampung Baru buat kali ketiga itu dilihat sebagai salah satu produk pelancongan yang mampu menarik pelancong asing untuk mengalami pengalaman suasana bulan Ramadan yang unik di negara ini.

"Setakat Januari lepas, jumlah pelancong dari negara-negara Asia Barat iaitu Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu dan Iran berjumlah 16,329 orang berbanding 15,008 bagi tempoh yang sama tahun lepas," katanya selepas melancarkan Bazar Ramadan di Masjid Jamek, Kampung Baru, di sini Rabu.

Dr Ng berkata jumlah itu dijangka meningkat dengan adanya misi jualan dan promosi yang berkesan serta agresif yang boleh menarik minat pelancong untuk mengunjungi negara ini sepanjang bulan Ramadan.

Beliau berkata Kampung Baru yang terkenal dengan bubur lambuk itu akan menjadi titik permulaan dan ikon kepada kewujudan Bazar Ramadan yang akan dipopularkan di kawasan lain seperti Raub, Pahang pada 16 Ogos ini.

Dr Ng berkata selain itu, kepelbagaian juadah dan kemeriahan suasana Ramadan itu dapat dikongsikan oleh seluruh dunia dengan pelancong mengenali budaya dan cara hidup masyarakat melalui makanan yang dijual seperti 'Bubur Lambuk Agung' yang terkenal di Kampung Baru.

"Penganjuran Bazar Ramadan sebegini bukan sahaja dapat menyumbang kepada orang ramai, malah memupuk semangat perpaduan antara satu sama lain dan kita juga dapat memperkenalkan kekayaan budaya, gaya hidup serta warisan rakyat Malaysia serta berkongsi pengalaman menjalani ibadah puasa," katanya.

Menurutnya, kira-kira 66 buah Bazar Ramadan di sekitar ibu kota ini termasuk tiga di Kampung Baru iaitu 185 gerai di Jalan Raja Alang, 100 di Jalan Raja Muda Musa dan 150 di Jalan Raja Uda.

Beliau berkata Bazar Ramadan juga dapat meningkatkan ekonomi golongan yang berpendapatan rendah dianggarkan mendapat keuntungan berjumlah RM300 sehari dengan kira-kira 5,000 pengunjung pada setiap hari di ketiga-tiga bazar berkenaan di sekitar Kampung Baru.

Pada majlis itu, Kementerian Pelancongan meyumbangkan sebanyak 100 periuk 'Bubur Lambuk Agung Kampung Baru' dengan menyediakan sebanyak 23,000 bungkus bubur lambuk diagihkan kepada orang ramai di sekitar Kampung Baru, Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) Jalan Ampang, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Bukit Bintang dan Pasar Seni. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan