JPN Kelantan Tubuh Skuad Khas Selesai Kes Dokumen Diri Tidak Dituntut

Diterbitkan: Khamis, 4 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan Kelantan menubuhkan skuad khas bagi menangani masalah dokumen diri yang tidak dituntut di seluruh negeri.

Pengarahnya Wan Mat Salleh berkata langkah itu berikutan kegagalan pelbagai pendekatan yang diambil sebelum ini mengatasi masalah tersebut.

"Skuad khas terdiri dari kakitangan JPN yang melawat ke lokasi pemohon MyKad atau dokumen berkaitan di luar waktu pejabat bagi menyerahkannya dalam mengatasi masalah tersebut," katanya kepada Bernama, di sini Rabu.

Beliau berkata di jajahan Kota Baharu sahaja 3,033 MyKad yang telah siap belum dituntut pemiliknya.

Katanya antara faktor utama masalah itu ialah sikap orang ramai sendiri yang memandang remeh terhadap perkara tersebut.

"Sikap seperti ini harus dikikis dengan diberi penerangan yang jelas mengenai dasar kerajaan," katanya sambil menyifatkan golongan itu tidak prihatin dengan tanggungjawab mereka.

Wan Mat berkata dokumen diri termasuk MyKad yang tidak dituntut sehingga 18 bulan selepas siap dikategorikan sebagai tertunggak.

Justeru beliau meminta mereka yang masih belum menuntut dokumen diri masing-masing di JPN agar berbuat demikian pada kadar segera bagi mengelakkan masalah lain pada masa depan.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan