Gempa Bumi Sederhana Melanda Barat Daya Sumatera

Diterbitkan: Khamis, 4 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana dengan magnitud 5.1 pada skala Richter melanda Baratdaya Sumatera pada pukul 10.45 malam Rabu.

Jabatan Metereologi Malaysia dalam kenyataan menyatakan bahawa pusat bumi ialah 258km tenggara Siberut, Indonesia dan 736km Barat Daya Melaka.

Gempa bumi itu tidak menyebabkan ancaman tsunami. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan