Anwar Sudah Hilang Pengaruh, Kata Bekas Pengasas PKR

Diterbitkan: Khamis, 4 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang daripada pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ng Lum Yon berkata sebenarnya bukan satu kejutan apabila pakatan pembangkang mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Ketua Pembangkang.

Ng yang sudah keluar daripada PKR, berkata pakatan pembangkang kini dilihat membelakangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Ketua Pembangkang itu sudah hilang pengaruh dalam pakatan itu.

"Kita nampak Anwar kini sudah tidak relevan untuk terus menjadi pemimpin (PKR) kerana dia (Anwar) banyak masalah peribadi...keluar masuk mahkamah, tambah lagi kes video seks yang mengaitkan beliau.

"Bukan itu sahaja banyak lagi janji yang tidak di tunaikan, jadi saya tidak terkejut jika pihak pembangkang mencari alternatif untuk mencari penganti pemimpin mereka supaya dapat memimpin parti dengan betul," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Rabu.

Ng keluar daripada PKR kerana kecewa terhadap kepimpinan PKR yang menurutnya bukan lagi berjuang untuk kepentingan rakyat, sebaliknya sekadar berjuang untuk memenuhi kehendak Anwar. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan