Abdul Rahim Dilantik Panglima 4 Divisyen

Diterbitkan: Khamis, 4 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mejar Jeneral Datuk Abdul Rahim Mohd Yusoff pada Khamis mengambil alih jawatan Panglima 4 Divisyen daripada Jeneral Datuk Zulkiple Kassim.

Dalam satu majlis di Kem Wardieburn di sini, Abdul Rahim, 55, yang sebelum ini Panglima Latihan Tentera Darat, menerima tugas itu daripada Zulkiple yang dilantik Panglima Medan Tentera Darat.

Zulkiple dalam ucapannya berkata anggota tentera juga mudah terdedah kepada gejala sosial.

"Hanya anggota yang terlatih dan mempunyai jati diri dapat menjaga profesionalisme ketenteraan," katanya.

Beliau juga berkata tahap keselamatan kem, stor senjata dan gudang peluru tentera mesti diutamakan kerana musuh negara kini muncul dalam pelbagai bentuk.

"Kita harus sentiasa peka, bersedia dan mengambil langkah mempertingkatkan kawalan di dalam kem. Sikap alpa, cuai dan tidak ambil kisah adalah faktor yang menjurus kepada berlakunya kejadian yang tidak diingini," katanya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan