MRSM Tun Ghafar Baba Terima Anugerah Di Ekspo Sains Antarabangsa Slovakia

Diterbitkan: Rabu, 3 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JASIN: Maktab Rendah Sains Mara Tun Ghafar Baba (MRSMTGB) di sini berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa apabila menerima anugerah khas delegasi terbaik pada Ekspo Sains Antarabangsa 2011 (ESI2011) di Slovakia.

Ia turut menggondol tiga pingat emas dari 10 buah projek yang dipertandingkan di ekspo tersebut dari 18 hingga 24 Julai lalu.

Tiga projek yang dimenangi itu adalah daripada 14 kategori yang dipertandingkan, hasil kerjasama pelajar Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima maktab itu, kata Pengetuanya, Dr Mariam Md Salleh.

Projek yang dimenangi itu ialah berkaitan penggunaan gentian kelapa dalam pemangkin bioenzim minyak sawit EFB bagi menghasilkan biofuel untuk penjanaan tenaga bersih; penggunaan air laut bagi menjana eletrik dan penggunaan bulu ayam sebagai salah satu bahan api pepejal baru.

MRSMTGB menghantar 36 pelajar ke ekspo yang diadakan di Kompleks Incheba Bralislava yang disertai peserta dari 70 buah negara yang mempertandingkan lebih 600 projek.

"Kami juga mendapat jemputan bagi menyertai pertandingan 'World of Creativity and Research 2011 (MONSTRTEC2011) yang bakal diadakan pada Oktober ini di Brazil," kata Dr Mariam kepada pemberita di sini Selasa.

Beliau berkata menerusi kemenangan dan anugerah yang diterima, pelajar maktab tersebut dapat menimba pengalaman dan pengetahuan dengan baik seterusnya melangkah ke peringkat lebih tinggi.

Katanya beliau akan mempertimbangkan supaya ketiga-tiga inovasi itu dapat dipaten namun bergantung kepada dana yang diperolehi.

MRSMTGB sebelum ini pernah menyertai ekspo sains seperti di Houston, Amerika Syarikat, Baku di Azerbaijan dan Belanda. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan