Jeff Ooi Menghadap Jawatankuasa Disiplin 5 Ogos Ini

Diterbitkan: Rabu, 3 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Pusat DAP Jeff Ooi, yang juga Anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi akan menghadap Jawatankuasa Disiplin parti Jumaat ini selepas meminta seorang anggota Exco Pulau Pinang Wong Hon Wai meletak jawatan.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP Tan Kok Wai berkata jawatankuasa itu telah mengarahkan Ooi untuk menghadiri perbicaraan yang diadakan di ibu pejabat parti pada pukul 4 petang Jumaat ini.

"Kami telah memanggil beliau untuk tampil dalam perbicaraan bagi menjelaskan tindakannya. Kami ingin tahu kenapa beliau memilih menggunakan media untuk menyuarakan kritikannya. Jawatankuasa Disiplin akan melihat perkara ini, mencari kebenaran mengenai hal ini," katanya ketika dihubungi Benama.

Tan berkata Jawatankuasa Disiplin parti DAP itu bukan hanya untuk menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan yang dilakukan anggota parti tetapi juga memainkan peranan penting untuk memperbaiki imej dan reputasi parti.

Ooi, Ketua Staff Pejabat Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Wong, yang juga Bendahari DAP negeri, bertelagah mengenai permohonan rumah kos rendah di Pulau Pinang. Ooi dan Wong yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Bandar dan Negeri, Perumahan dan Kebudayaan, dilaporkan mempertikaikan satu sama lain mengenai senarai nama bagi perumahan kos rendah di Batu Lanchang.

Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Trafik, berkata tindakan Ooi "keterlaluan dan melampaui batas kesopanan".

Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP, mengeluarkan larangan menghalang anggota parti daripada mengeluarkan kenyataan berhubung pertelingkahan Ooi dan Wong.

Ditanya sama ada Wong akan turut dipanggil dalam perbicaraan itu, Tan berkata ia tidak perlu buat masa ini. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan